Kerajaan kaji semula akta pelantikan ketua hakim – Azalina

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini dalam proses meneliti semula dan menambah baik Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) susulan timbulnya kekeliruan awam berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan melibatkan Ahli Parlimen dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pakar perlembagaan, ahli akademik serta wakil Majlis Peguam untuk mengkaji struktur dan tafsiran akta tersebut secara menyeluruh.

“Kita akan teliti sama ada kekeliruan ini berpunca daripada kandungan akta atau daripada proses pelantikan itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Integriti dan Tadbir Urus 2025, hari ini.

Tambah Azalina, Malaysia turut melihat kepada model dan amalan negara lain seperti United Kingdom, Australia, India dan Singapura yang mempunyai pendekatan berbeza dalam urusan pelantikan kehakiman.

Menurut beliau, walaupun Akta JAC telah diguna pakai sejak tahun 2009 dan menjadi asas kepada pelantikan lima Ketua Hakim Negara sebelum ini, isu kekeliruan hanya timbul baru-baru ini.

“Akta ini telah wujud sejak tahun 2009 dan tidak pernah timbul isu sebelum ini. Jadi, sekarang kita perlu bertanya, dari mana datangnya kekeliruan ini?” soalnya.

Ketika ditanya sama ada wujud tekanan politik dalam isu pelantikan tersebut, Azalina menegaskan beliau tidak terlibat dan tiada akses terhadap dokumen rasmi berkaitan.

“Dalam semua mesyuarat politik bersama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, tidak pernah disebut secara khusus mengenai perkara ini. Keputusan sepenuhnya terletak di tangan Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri, seperti termaktub dalam Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

BACA JUGA:  KJ serah surat rayuan kembali masuk UMNO
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...