Palace rangkul piala Perisai Komuniti 2025 tewaskan Liverpool

LONDON – Crystal Palace mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, 3-2 menerusi penentuan penalti untuk menjulang Perisai Komuniti 2025 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Wembley, malam tadi.

Pemain gantian, Justin Devenny, menjadi wira Palace selepas menyempurnakan sepakan penalti terakhir, sekali gus memastikan kemenangan bersejarah itu.

Liverpool pula berdepan kekecewaan apabila tiga pemain utamanya, Mohamed Salah, Alexis Mac Allister dan Harvey Elliott gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

The Reds memulakan aksi dengan penuh bergaya apabila pemain baharu, Hugo Ekitike, membuka jaringan seawal minit ke-4.

Namun, Palace bangkit pada minit ke-17 menerusi sepakan penalti Jean-Philippe Mateta selepas Virgil van Dijkmenjatuhkan Ismaila Sarr dalam kotak penalti.

The Reds kembali mendahului tiga minit kemudian apabila hantaran lintang Jeremie Frimpong tertampan masuk ke gawang Palace.

Gol itu diraikan penuh emosi oleh penyokong Liverpool yang turut memberikan penghormatan kepada Diogo Jota, pemain mereka yang meninggal dunia baru-baru ini.

Namun, Palace sekali lagi mempamerkan semangat juang tinggi apabila Sarr memanfaatkan kesilapan benteng Liverpool untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-77, menewaskan penjaga gol Alisson Becker dengan tenang.

Kejayaan ini menandakan kali pertama Crystal Palace menjulang Perisai Komuniti, sekali gus memberi amaran awal bahawa mereka mampu mencabar pasukan-pasukan besar EPL musim ini.

BACA JUGA:  Agong terima menghadap PM Anwar di Istana Negara pagi ini
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...