Peluru berpandu hentam Lapangan Terbang Dubai, empat cedera

DUBAI – Empat individu dilaporkan cedera selepas sebuah peluru berpandu mengenai kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di Emiriyah Arab Bersatu, manakala seorang lagi maut dalam insiden berasingan di lapangan terbang Abu Dhabi, lapor Metro UK.

Pejabat Media Dubai memaklumkan bahawa lapangan terbang berkenaan mengalami kerosakan kecil susulan insiden tersebut ketika Iran dilaporkan terus melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Barat.

“Lapangan Terbang Dubai mengesahkan sebuah ruang legar di Dubai International (DXB) mengalami kerosakan kecil dalam satu insiden yang berjaya dikawal dengan cepat,” menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu dilaporkan terbunuh di lapangan terbang Abu Dhabi manakala tujuh lagi cedera apabila serangan turut menyasarkan pangkalan tentera AS.

Terdahulu, AS bersama Israel dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Tehran, Iran. Terdapat dakwaan menyatakan serangan itu mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, namun pihak Iran menafikan laporan berkenaan.

Sementara itu, beberapa bangunan lain di Dubai turut terjejas akibat serangan berkenaan, termasuk pusat peranginan ikonik Palm Jumeirah yang dilaporkan terkena serpihan.

Hotel mewah terkenal, Burj Al Arab, yang sering digelar sebagai simbol kemewahan Dubai, turut dilaporkan terbakar selepas dipercayai terkena serangan dron. – AGENSI

BACA JUGA:  Izara Aishah tegur produksi Dewi Remaja sebab kongsi video...
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...