Jumaat | 25/09/2026 | 4:13:04 pm
HomeMahkamahTahanan rumah belum terlaksana, Najib tak mampu bayar RM50 juta

Tahanan rumah belum terlaksana, Najib tak mampu bayar RM50 juta

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum dapat menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah kerana tidak berkemampuan membayar denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai salah satu syarat.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bayaran itu perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum bekas Perdana Menteri berkenaan dibenarkan menjalani baki hukuman di kediamannya.

Menurut beliau, Najib berdepan kekangan kewangan selepas akaun bank miliknya dibekukan, termasuk akaun Affin Bank yang pernah digunakan untuk menerima gaji ketika menjadi Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan.

“Setakat hari ini, Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya dalam sidang media di pekarangan kompleks mahkamah, hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee tidak memperincikan langkah seterusnya yang akan diambil pihak pembelaan berhubung pembayaran denda tersebut

– Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|