Jumaat | 25/09/2026 | 2:31:54 pm
HomeMahkamahKes 1MDB: Nasib hukuman Najib ditentukan 14 Oktober depan

Kes 1MDB: Nasib hukuman Najib ditentukan 14 Oktober depan

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda lebih RM11.38 bilion dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar pada 14 Oktober depan.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh berkenaan ketika sebutan kes itu hari ini selepas permohonan tersebut dikemukakan bersama Sijil Perakuan Segera.

“Permohonan telah difailkan dan ditetapkan di hadapan saya. Permohonan difailkan dengan Sijil Perakuan Segera. Jadi, saya akan tetapkan tarikh dalam masa dua minggu.

“Pihak-pihak boleh bertukar hujahan balas pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut sebelum pendengaran,” katanya.

Pada 26 Disember 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11,387,888,067.05 terhadap Najib atas kesemua 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Sekiranya gagal membayar denda, bekas Perdana Menteri itu berdepan tambahan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman tersebut bermula selepas Najib selesai menjalani tempoh pemenjaraan bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Muhamad Farhan Shafee, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam. – Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|