Isnin | 05/10/2026 | 12:07:59 am
HomeNasionalNegeriBilik asrama UIAM terbakar 80 peratus, tiada mangsa dilaporkan

Bilik asrama UIAM terbakar 80 peratus, tiada mangsa dilaporkan

PETALING JAYA – Sebuah bilik asrama di Mahallah Ali, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Gombak, di sini, terbakar kira-kira 80 peratus dalam kejadian tengah hari tadi.

Kebakaran yang berlaku pada kira-kira 12.41 tengah hari itu melibatkan bilik di tingkat satu bangunan asrama tiga tingkat berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi kira-kira 1 tengah hari.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 5 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|