Sambutan Hari TVET Negara 2025 berlangsung 11-13 Jun depan di Melaka

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Menurut beliau, sambutan itu akan menghimpunkan penyertaan semua kementerian dan agensi berkaitan TVET serta pemain industri utama, sebagai tanda sinergi dan komitmen bersama dalam merealisasikan agenda pemerkasaan TVET secara menyeluruh.

“TVET bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia adalah usaha kolektif melibatkan semua pihak – kementerian, agensi, industri dan masyarakat – dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2025 di Putrajaya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, bersempena sambutan tersebut, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025 turut akan menganjurkan Dialog Polisi Serantau Majlis TVET ASEAN (ATC) pada tarikh yang sama, 11 hingga 13 Jun, di Kuala Lumpur.

“Penganjuran dialog serantau ini adalah manifestasi komitmen Malaysia untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara negara anggota ASEAN dalam bidang TVET serta merangka dasar serantau yang berfokus kepada pembangunan modal insan berkemahiran,” katanya.

Dalam mesyuarat MTVET tersebut, beberapa inisiatif penting turut dibentangkan termasuk pembangunan teknousahawan TVET, status pelaksanaan Data Raya TVET, pelaksanaan penarafan tunggal program TVET, dan dapatan penilaian akreditasi Program Diploma Vokasional Malaysia.

Tambah beliau, usaha memperkukuh landskap TVET negara tidak hanya tertumpu kepada penyediaan kemahiran teknikal, tetapi juga merangkumi strategi menyeluruh untuk menjamin kebolehpasaran graduan serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan.

Sambutan Hari TVET Negara 2025 dijangka menjadi platform penting dalam memperlihatkan pencapaian serta hala tuju baharu bidang TVET, selaras dengan keperluan tenaga kerja masa hadapan yang semakin kompetitif dan berdaya saing di peringkat global.

BACA JUGA:  Pekerja Myanmar maut tersepit mesin pam pasir di tapak binaan
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...