Tiga pelatih IKBN maut dalam perjalanan pulang bagi menyambut Aidiladha

ALOR SETAR – Tiga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam kemalangan ngeri di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tandop, di sini hari ini.

Dalam kejadian tragis yang berlaku sekitar pukul 2.10 petang itu, mangsa yang berusia 19 tahun sedang menunggang dua motosikal menuju ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan jenis Naza Ria yang diletakkan di bahu jalan.

Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat, manakala rakan yang cedera parah sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Suasana di perkarangan Jabatan Forensik HSB bertukar pilu apabila waris dan ahli keluarga berkumpul bagi menuntut jenazah anak-anak mereka yang terkorban.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut dan menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak meletakkan kenderaan di laluan kecemasan tanpa keperluan mendesak.

BACA JUGA:  Harapan SUKMA 2026 terhenti, pesilat Pahang maut kemalangan di LPT
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...