Isnin | 12/10/2026 | 2:12:30 pm
HomeTerkiniTragedi UPSI: Ketupat, rendang jadi saksi tragedi 15 maut

Tragedi UPSI: Ketupat, rendang jadi saksi tragedi 15 maut

KUALA LUMPUR – Juadah raya seperti ketupat dan rendang yang sepatutnya mengubat rindu pelajar kepada kampus bertukar menjadi saksi bisu tragedi menyayat hati apabila sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertembung dengan sebuah Perodua Alza, mengorbankan 15 nyawa awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi di Kilometer 92, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, bas terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke Tanjung Malim, Perak, membawa lebih 40 pelajar.

Menurut sumber polis, kemalangan melibatkan pelanggaran antara bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan. Akibat rempuhan kuat itu, 15 individu disahkan maut di lokasi kejadian.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|