Isnin | 12/10/2026 | 1:50:53 pm
HomeTerkiniTragedi UPSI: Masih tiada komen dari syarikat bas

Tragedi UPSI: Masih tiada komen dari syarikat bas

KOTA BHARU – Syarikat Kenari Utara Travel And Tours Sdn. Bhd. memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video tular yang memaparkan bas milik syarikat itu dipandu laju sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, hari ini.

Kejadian tragik itu mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan pulang dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.

Pegawai Operasi syarikat tersebut, Mohd. Nazri Nawi berkata, beliau belum mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan syarikat untuk memberikan sebarang komen, termasuk berhubung rakaman kamera papan pemuka yang kini tersebar luas di media sosial.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|