PSG raih kebangkitan dramatik, julang Piala Super UEFA pertama

UDINE – Paris Saint-Germain (PSG) meraih trofi Piala Super UEFA pertama mereka selepas menundukkan Tottenham Hotspur 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Bluenergy, awal pagi Khamis dan perlawanan berakhir 2-2 selepas 90 minit penuh drama.

Spurs bermula cemerlang apabila Micky van de Ven meledak gol pembukaan pada minit ke-39, diikuti tandukan Cristian Romero pada minit ke-48 untuk mendahului 2-0.

Namun, kebangkitan PSG bermula pada minit ke-84 apabila Lee Kang In merembat cantik dari luar kotak penalti, diikuti gol penyamaan Goncalo Ramos hasil tandukan terbang pada minit ke-89 selepas hantaran silang Ousmane Dembele.

Dalam penentuan penalti, penjaga gol PSG, Lucas Chevalier, menjadi wira selepas menggagalkan beberapa percubaan Spurs.

Sepakan penentu oleh Nuno Mendes memastikan kemenangan 4-3, sekaligus melengkapkan koleksi lima trofi PSG tahun ini.

Kemenangan ini turut menjadi permulaan sempurna musim baharu buat skuad kendalian Luis Enrique, manakala Spurs di bawah bimbingan Thomas Frank tetap menunjukkan potensi besar untuk bersaing di pentas Eropah musim ini

BACA JUGA:  Siti Jamumall dicerai dalam \"live\", hadapan 25 ribu penonton
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...