ASEAN 2025: Malaysia Terima Pujian AS

KUALA LUMPUR – Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Jamieson Greer, memuji kepimpinan Malaysia selaku pengerusi ASEAN tahun ini.

Bercakap kepada media selepas mengetuai sesi perundingan antara AS dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM), beliau menyatakan penghargaan terhadap peranan Malaysia yang berjaya mengemudi mesyuarat blok serantau 10 negara itu sepanjang tahun ini.

“Kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Malaysia menunjukkan kepimpinan yang cemerlang sebagai pengerusi ASEAN,” katanya di sela-sela Mesyuarat AEM ke-57 pada Rabu (24 Sept).

Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Dalam ucapan pembukaan, Greer turut merakamkan penghargaan kepada pengerusi AEM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, atas sikap pragmatik dan kepimpinan mantap beliau sepanjang mesyuarat bersama rakan dialog ASEAN.

“ASEAN telah mendapat manfaat besar daripada kepimpinan Malaysia, khususnya daripada Menteri Zafrul. Saya berbesar hati berada di Kuala Lumpur mewakili Amerika Syarikat,” kata Greer.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, ASEAN dan AS telah mengadakan perbincangan yang membina serta produktif mengenai perdagangan dan pelaburan dalam konsultasi AEM-USTR. Beliau menambah, rantau ini menantikan kerjasama berterusan bersama Washington.

Pada 9 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden AS, Donald Trump, akan melakukan lawatan ke Malaysia bulan depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

BACA JUGA:  Sukan SEA 2025: 22 tahun tunggu, Andre akhirnya pecah kemarau emas lompat jauh
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...