KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai, petang semalam.
Mangsa, R. Sasitharan, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah melibatkan keseluruhan badan yang terbakar.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukulĀ 4.35 petang.
āKemalangan tersebut melibatkan sebuah lori jenis Volvo yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbakar.
āMangsa yang memandu lori berkenaan mengalami kecederaan parah akibat kebakaran dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,ā katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat. Siasatan awal mendapatiĀ tiada kenderaan lain terlibatĀ dalam nahas tersebut.
Kes kini disiasat mengikutĀ Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara antaraĀ lima hingga 10 tahunĀ dan dendaĀ RM20,000 hingga RM50,000Ā jika disabitkan kesalahan.

