Ahad | 27/09/2026 | 10:06:50 am
HomeDuniaPSG raih kebangkitan dramatik, julang Piala Super UEFA pertama

PSG raih kebangkitan dramatik, julang Piala Super UEFA pertama

UDINE – Paris Saint-Germain (PSG) meraih trofi Piala Super UEFA pertama mereka selepas menundukkan Tottenham Hotspur 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Bluenergy, awal pagi Khamis dan perlawanan berakhir 2-2 selepas 90 minit penuh drama.

Spurs bermula cemerlang apabila Micky van de Ven meledak gol pembukaan pada minit ke-39, diikuti tandukan Cristian Romero pada minit ke-48 untuk mendahului 2-0.

Namun, kebangkitan PSG bermula pada minit ke-84 apabila Lee Kang In merembat cantik dari luar kotak penalti, diikuti gol penyamaan Goncalo Ramos hasil tandukan terbang pada minit ke-89 selepas hantaran silang Ousmane Dembele.

Dalam penentuan penalti, penjaga gol PSG, Lucas Chevalier, menjadi wira selepas menggagalkan beberapa percubaan Spurs.

Sepakan penentu oleh Nuno Mendes memastikan kemenangan 4-3, sekaligus melengkapkan koleksi lima trofi PSG tahun ini.

Kemenangan ini turut menjadi permulaan sempurna musim baharu buat skuad kendalian Luis Enrique, manakala Spurs di bawah bimbingan Thomas Frank tetap menunjukkan potensi besar untuk bersaing di pentas Eropah musim ini – MYBERITA

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 27 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|