Selasa | 13/10/2026 | 3:05:59 am
HomeDuniaPelajar universiti kantoi seludup 4kg syabu dalam beg pakaian

Pelajar universiti kantoi seludup 4kg syabu dalam beg pakaian

JAKARTA – Helah seorang pelajar universiti menyembunyikan empat kilogram (kg) syabu di dalam dinding khas beg pakaian terbongkar selepas pemeriksaan kastam di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, Tanjung Balai, Indonesia, Sabtu lalu.

Suspek lelaki berusia 21 tahun yang dikenali sebagai DO itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan, sejurus tiba dengan feri dari Port Dickson, Malaysia.

Menurut laporan portal berita Kumparan, suspek yang berasal dari Medan Denai itu dikesan selepas pegawai kastam menjalankan pemprofilan penumpang sebelum pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X menemukan imej mencurigakan pada beg pakaian dibawanya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|