“Kami cuba balik Malaysia guna jalan darat”, pasangan suami isteri tempuh 4 negara naik kereta api

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri mencuri tumpuan ramai apabila memilih untuk pulang berhari raya di Malaysia dengan menaiki kereta api merentas empat negara, iaitu China, Laos, Thailand, dan Malaysia.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @Iz.beijing, pasangan tersebut memulakan perjalanan mereka dari Beijing, China, sebelum menuju ke Kunming, Yunnan. Dari situ, mereka meneruskan perjalanan ke Vientiane, Laos, kemudian ke Bangkok, Thailand, sebelum tiba di Malaysia.

@iz.beijing PART 1: Rentas 4 Negara Naik Kereta Api untuk BALIK RAYA di Malaysia. Perjalanan kami akan melalui China, Laos, Thailand dan berakhir di Malaysia. Kali ini kami cuba nak balik Malaysia menggunakan jalan darat, biasanya naik flight hanya makan masa 6 jam tapi perjalanan kami kali ini makan masa 4 hari. Tak termasuk kami stay 1 malam di Kunming, Yunnan untuk jalan-jalan. Nantikan part 2 ya. #kunming #fyp #yunnan #beijing #keretapilaju #balikraya #rentasnegara #rentas4negara #travelbytrain ♬ original sound – IzBeijing🇲🇾🇨🇳

Walaupun mereka boleh memilih penerbangan yang lebih pantas, pasangan itu menyifatkan pengalaman menaiki kereta api sebagai sesuatu yang unik dan menarik untuk diterokai.

“Kali ini kami cuba nak balik Malaysia menggunakan jalan darat. Biasanya naik kapal terbang hanya makan masa enam jam. Tetapi perjalanan kami kali ini mengambil masa empat hari, tak termasuk kami menginap satu malam di Kunming, Yunnan untuk berjalan-jalan,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Perjalanan luar biasa ini mendapat perhatian netizen, yang rata-rata kagum dengan pengalaman yang dikongsikan.

“Seronoknya, saya baru buat perjalanan darat dari Ho Chi Minh ke Kunming Oktober lepas. Memang seronok,” komen seorang pengguna, @Nanikimi97.

“Terima kasih kongsi dengan kita. Tak tahu boleh juga sampai naik kereta api,” kata seorang lagi netizen, @Mastura.ismail.

Sementara itu, pengguna @Ayidraco meluahkan hasratnya untuk mencuba perjalanan serupa pada masa hadapan.

BACA JUGA:  "Tak boleh makan banyak dah", Aidil Afiqzam ubah rutin sepanjang Ramadan

“Wah! Seronoknya balik raya! Nanti nak cuba la melancong guna jalan darat,” tulisnya.

Perjalanan merentas negara menggunakan kereta api semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong dan perantau yang ingin menikmati pengalaman yang berbeza berbanding perjalanan udara yang lebih pantas. Dengan perkembangan jaringan pengangkutan darat serantau, perjalanan sebegini mungkin menjadi pilihan lebih ramai pada masa akan datang.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...