Tiada rombakan kabinet PKR – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang rombakan Kabinet akan dilakukan susulan keputusan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 peringkat cabang yang berakhir semalam.

Menurut Anwar, pemilihan tersebut adalah urusan dalaman parti dan tidak berkait dengan pentadbiran kerajaan, sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Tiada (rombakan Kabinet), Ini soal parti, tidak timbul soal kerajaan negeri atau Persekutuan.

“Saya melihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan percaturan politik,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalannya, Datuk Mustapha Sakmud; serta Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr Anesee Ibrahim.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan beberapa kejutan besar apabila beberapa pemimpin kanan parti yang turut memegang jawatan dalam kerajaan gagal mempertahankan kedudukan masing-masing di peringkat cabang.

Antara yang tewas ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; serta Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy.

Keputusan itu turut mencerminkan kemunculan gelombang perubahan dalam parti, apabila calon muka baharu berjaya meraih kepercayaan akar umbi dalam beberapa cabang utama di seluruh negara.

BACA JUGA:  Kanak-kanak cedera dipukul bapa lepas bancuh kopi tak panas
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...