Khamis, Jun 18, 2026
Google search engine
HomeNASIONAL1 Syawal mungkin jatuh pada hari Jumaat - Mufti Perlis

1 Syawal mungkin jatuh pada hari Jumaat – Mufti Perlis

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. Maza), memaklumkan kemungkinan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat sekiranya merujuk kepada kriteria terdahulu sebelum ia diubah.

Menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berkata, situasi serupa pernah berlaku pada tahun 2022 dan berpotensi berulang pada tahun ini.

“Kalau merujuk kriteria dahulu sebelum diubah, kemungkinan 1 Syawal kali ini jatuh pada hari Jumaat. Peristiwa 2022 mungkin berulang,” katanya.

Bagaimanapun, penentuan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dijangka dibuat malam esok.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

POPULAR