Khairul Aming terhibur lihat gelagat netizen cuba resipinya

Foto Tiktok Khairul Aming


KUALA LUMPUR – \”Besar ujian masak tahun ni,\” demikian kapsyen yang ditulis pempengaruh terkenal, Khairul Aming, menerusi video reaksinya terhadap gelagat pengguna TikTok yang mencuba resipinya sepanjang bulan Ramadan ini.
Dalam video yang dimuat naik, Khairul Aming meluahkan rasa gembira kerana ramai yang mencuba resipi yang dikongsikannya tahun ini.

\”Sepanjang lapan tahun buat video masak, saya rasa tahun ini paling menghiburkan tengok gelagat netizen masuk dapur dan memasak.

\”Sebenarnya ramai yang berjaya memasak dengan baik kerana ribuan orang telah mencuba resipi yang saya kongsikan. Cuma yang tidak menjadi itulah yang masuk dalam FYP (for you page) sebab mendapat banyak engagement (penglibatan),\” katanya.
Khairul Aming turut berpesan kepada para pengikutnya supaya mengikuti resipi dengan tepat bagi memastikan hasil yang terbaik.

\”Saya nak pesan, tolong ikut resipi saya sebab saya sudah penat buat R&D (penyelidikan dan pembangunan). Cuma ada yang derhaka resipi, tolong saya merayu, jangan derhaka,\” ujarnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

\”Basic knowledge (pengetahuan asas) dalam memasak – minyak dik, letak minyak sikit,\” komen pempengaruh, Auntie Purple.

\”KA saya syorkan adakan kelas pemulihan bagi yang gagal ni,\” seloroh seorang pengguna, @haafizs.
Fenomena mencuba resipi Khairul Aming sepanjang Ramadan kali ini ternyata menghiburkan ramai, sekali gus membuktikan pengaruhnya yang besar dalam dunia kulinari digital.

BACA JUGA:  Nenek empat cucu raih PhD UiTM pada usia 73 tahun
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...