Agong selamat tiba di Moscow, mula Lawatan Negara bersejarah

MOSCOW – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di Moscow hari ini bagi memulakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia.

Pesawat peribadi yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2 pada jam 2 petang waktu tempatan.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia, Valery Falkov; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Rusia, Alexander Pankin; Duta Rusia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov; serta Pemangku Pengarah Protokol Jabatan Hal Ehwal Luar Rusia, Georgiy Kuznetsov.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda dalam lawatan ini ialah Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Seri Amran Mohd Zin; Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Dato’ Yubazlan Yusof; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Datuk Rozainor Ramli.

Hadir sama menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, TYT Dato’ Cheong Loon Lai dan Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri, TYT Abu Bakar Mamat.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima Kawalan Kehormatan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara, Negaraku dan Gosudarstvenny Gimn Rossiyskoy Federatsii dimainkan.

Lawatan ini mencatat sejarah tersendiri apabila Sultan Ibrahim menjadi Ketua Negara Malaysia pertama yang mengadakan Lawatan Negara ke Rusia sejak hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin pada tahun 1967.

Lawatan Negara ini diadakan atas jemputan rasmi Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir V. Putin dan dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan serta kerjasama strategik.

BACA JUGA:  Kenyataan palsu guna gambar, nama Agong tular di media sosial
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...