Selasa | 29/09/2026 | 10:12:26 pm
HomeJenayahTetak isteri hingga maut, suami direman tujuh hari

Tetak isteri hingga maut, suami direman tujuh hari

TAWAU – Seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki menetak isterinya hingga maut di sebuah rumah pekerja ladang di Jalan Kalabakan, di sini, petang semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu dilanjutkan sehingga 6 Oktober selepas dibenarkan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Prosiding reman dijalankan secara dalam talian berikutan suspek masih menerima rawatan di hospital selepas dipercayai mencederakan dirinya sendiri selepas kejadian.

Permohonan reman dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Asisten Superintendan Maliki Majuni.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 petang semalam, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang wanita dipercayai ditetak suaminya di sebuah rumah pekerja ladang di Jalan Kalabakan.

Polis yang tiba di lokasi menemukan mangsa, Salmawati Jufri, 37, dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.Suspek yang dilaporkan dalam keadaan stabil masih menerima rawatan lanjut di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

– MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 29 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|