Rabu | 30/09/2026 | 12:17:51 am
HomeSemasaPercutian 14 rakan bertukar tragedi, lelaki ditemukan maut di Air Terjun Chamang

Percutian 14 rakan bertukar tragedi, lelaki ditemukan maut di Air Terjun Chamang

BENTONG – Kunjungan 14 rakan ke kawasan rekreasi Air Terjun Hutan Simpan Chamang di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas dilaporkan lemas, hari ini.

Mangsa, Mohd Aiman Nazmi Mohd Yusuf, 29, dari Felda Endau, Johor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.29 petang.

“Setibanya pasukan bomba pada jam 2.11 petang, kami dimaklumkan seorang lelaki telah lemas ketika berkunjung ke kawasan rekreasi berkenaan bersama 13 rakannya.

“Kumpulan itu terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita dari Coffee Bean Caltex Sungai Besi,” katanya.

Menurut beliau, pegawai perhutanan terlebih dahulu berjaya menemukan mangsa kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang sebelum pasukan bomba tiba.

Katanya, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kemudian mengesahkan kematian mangsa.

“Kesemua 13 rakan mangsa dilaporkan selamat, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

– New Straits Times

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 30 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|