Siti Sairah anggap isu Amad, Shiha sebagai proses pembelajaran

SHAH ALAM – Penyanyi Siti Sairah memilih untuk melihat insiden melibatkan anaknya, Amad Dayyan dengan penyanyi Shiha Zikir sebagai ruang pembelajaran dan bukan bahan untuk mencetuskan sensasi.

Sairah, 42, berkata, Amad sudah pun memohon maaf kepada Shiha dan menyifatkan apa yang berlaku hanyalah gurauan spontan ketika sesi latihan persembahan minggu hadapan.

“Kanak-kanak ada sifat suka bergurau dan kadang kala terlepas cakap. Perkara itu tidak wajar diperbesarkan kerana Amad sendiri sudah meminta maaf kepada Shiha. Saya lihat ia lebih kepada gurauan seorang adik dengan kakaknya,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu ketiga Talk To My Manager di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad lalu.

Menurut Sairah, dia enggan menjadikan perkara itu sebagai beban, sebaliknya menasihatkan Amad agar lebih berhati-hati apabila berdepan dengan orang dewasa.

“Saya tidak mahu anak saya dihukum kerana satu perkara kecil. Sebaliknya, saya mahu dia belajar sesuatu daripada pengalaman ini. Semua yang berlaku adalah proses pembelajaran untuknya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Sairah menafikan dakwaan segelintir pihak yang menganggap isu tersebut sebagai gimik untuk menaikkan nama Amad yang kini menyertai program Talk To My Manager.

“Bukan gimik. Saya sendiri pun tidak sangka ia boleh jadi tular. Apa yang penting, saya mahu Amad fokus pada pertandingan dan jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman sesi latihan memperlihatkan Amad dikatakan bercakap kurang sopan dengan Shiha. Namun, Shiha sendiri mengambil pendekatan menasihati Amad dengan baik supaya lebih menjaga percakapan bersama orang lebih dewasa.

BACA JUGA:  Giant turunkan harga beras lepas isu tular
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...