Selasa | 13/10/2026 | 7:17:59 am
HomeSukanBola SepakRonaldo dilapor enggan kembali, hubungan dengan Jorge Jesus semakin retak

Ronaldo dilapor enggan kembali, hubungan dengan Jorge Jesus semakin retak

LONDON – Hubungan Cristiano Ronaldo dengan pengendali Portugal, Jorge Jesus dilaporkan semakin tegang apabila kapten pasukan itu didakwa tidak berhasrat kembali menyertai skuad kebangsaan selagi jurulatih berkenaan masih memegang jawatan.

Perkembangan terbaharu itu didedahkan wartawan Portugal, Rui Santos yang mendakwa Ronaldo sudah hilang kepercayaan terhadap Jesus susulan cara situasi membabitkan dirinya dikendalikan sepanjang kem antarabangsa kali ini.

“Dia dilaporkan meluahkan bahawa dia tidak akan kembali ke skuad kebangsaan, sekurang-kurangnya selagi Jorge Jesus mengendalikan pasukan,” katanya kepada CNN Portugal.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|