Suami Kiah Propa menghembuskan nafas terakhir di IKN

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon dan pengacara Kiah Propa, Mohamad Nazri Ismail, meninggal dunia pagi tadi di Institut Kanser Negara (IKN) selepas empat bulan bertarung melawan kanser leher.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, 46, menerusi hantaran di Instagram.

“Mohamad Nazri Ismail, suami saya, baharu sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya. Arwah akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh sebelum Zohor,” katanya.

Allahyarham didiagnosis menghidap kanser leher dan kelenjar air liur tahap empat tahun lalu, sebelum sel barah merebak ke organ lain dengan pantas.

Kisah pasangan ini menarik perhatian ramai apabila Kiah memutuskan untuk bernikah semula dengan bekas suaminya pada 16 November 2024 selepas lapan tahun berpisah, demi menjaga Nazri yang sedang sakit.

Sebelum ini, mereka pernah mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum berpisah selepas beberapa tahun. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

BACA JUGA:  Malaysia sedia hantar pasukan pemantau ke sempadan Thailand-Kemboja – PM Anwar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...