Pempengaruh politik ‘ratu naga’ ditahan polis berkait kontroversi lagu kebangsaan

TAPAH – Seorang pempengaruh politik yang mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa Cina oleh murid-murid sebuah sekolah di Perak telah ditahan oleh pihak polis.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa individu berkenaan telahpun diberi teguran sebelum ini, sebelum siasatan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya dimaklumkan pempengaruh itu telah ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Penerangan Batang Padang di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis Perak telah menahan pempengaruh terbabit yang dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ di Petaling Jaya, Selangor sekitar pukul 12 tengah hari.

Peguamnya, Zaid Malek memaklumkan bahawa penahanan itu dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berhubung penyebaran maklumat yang tidak benar dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Datuk Fahmi turut mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan pindaan Akta 588 yang telah berkuat kuasa sejak 11 Februari lalu, yang memperuntukkan tindakan tegas terhadap kandungan bersifat jelik melampau, fitnah, berita palsu serta buli siber.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikenakan kompaun RM250,000,” katanya lagi.

Pihak berkuasa setakat ini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

BACA JUGA:  Kerja sedut air bertakung fokus hari keenam operasi kawah letupan paip gas
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...