Sabtu • 24 Mei 2025
UTAMAHIBURAN“Saya straight!”, Zaki Yamani ‘kunci mulut’ tak mahu kisah cinta jadi bahan...

“Saya straight!”, Zaki Yamani ‘kunci mulut’ tak mahu kisah cinta jadi bahan netizen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak mahu kisah peribadi mengatasi pencapaian seni, penyanyi muda Zaki Yamani memilih untuk terus menjaga privasi apabila enggan membuka mulut soal percintaan meskipun sering dikaitkan dengan gosip cinta.

Menurut Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, sebagai anak seni, dia menyedari kisah peribadi seperti percintaan sukar dielakkan daripada perhatian umum. Namun, katanya, dia lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri tanpa memberi sebarang pengesahan atau penafian.

“Kontroversi cinta tu memang perkara biasa dalam industri. Tapi kalau saya digosipkan bercinta dengan sesiapa, saya okey saja. Cuma, saya lebih selesa diam. Kalau orang tanya pun, saya tak akan jawab,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbaharunya Aku Ada bersama Putri Dahlia, semalam.

Tambah anak kepada penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah itu, keputusannya tidak berkongsi soal hubungan bukanlah kerana mahu menyembunyikan sesuatu, apatah lagi kecenderungan seksual seperti yang mungkin disangka sesetengah pihak.

“Saya ‘straight’ dan saya ikut jalan Allah. Saya bimbang kalau saya diam pasal cinta, nanti orang buat spekulasi yang bukan-bukan. Malulah kalau ayah saya dengar orang tuduh saya bukan-bukan,” jelasnya jujur.

Dalam nada bersahaja, penyanyi lagu Mati Rasa itu turut berkongsi bahawa dia sudah beberapa kali melalui episod putus cinta walaupun usianya baru mencecah 19 tahun.

“Saya dah banyak kali putus cinta, tapi bukan sebab saya mainkan perasaan orang. Biasanya saya yang ditinggalkan. Sekarang ni rupa paras pun bukan jaminan untuk hubungan kekal lama,” katanya.

Mengulas mengenai hubungannya dengan pasangan duet, Putri Dahlia, Zaki menegaskan hubungan mereka sekadar kawan rapat dan tidak pernah melangkaui batas persahabatan.

“Kami memang ada keserasian yang baik atas pentas. Tapi hubungan tu cukup setakat kawan saja. Kalau bertentang mata pun, kami boleh ketawa sebab terlalu selesa sebagai kawan,” katanya sambil tersenyum.

Kini, Zaki giat mempromosikan single terbaharu Aku Ada, dan mahu memberi tumpuan penuh kepada perjalanan seninya tanpa diganggu cerita-cerita sensasi yang boleh mencalarkan fokus dan reputasinya.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN

POPULAR