Panel dinding runtuh di stesen LRT Masjid Jamek, tiada kecederaan dilaporkan

Keadaan panel dinding yang runtuh akibat ribut petang tadi.


KUALA LUMPUR – Sebuah panel dinding di Stesen LRT Masjid Jamek runtuh petang tadi akibat hujan lebat dan ribut yang melanda sekitar jam 4.04 petang.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), dalam kenyataan rasminya, memaklumkan bahawa insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

“Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa, dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” menurut kenyataan tersebut.

Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kini sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail. Selain itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci bagi memastikan keselamatan struktur stesen.

Sebagai langkah tambahan, anggota Polis Bantuan telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang dan memberi jaminan bahawa sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial rasmi Rapid KL.
BACA JUGA:  ASSAR umum dividen 6 sen seunit bagi tahun kewangan 2025
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...