Polis minta bantuan orang ramai kesan wanita hilang di Taman Medan

Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan PJS 4/16, Taman Medan, sejak 25 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nor Atikah Najwa Nor Asmadi pada 12 Mac, kira-kira jam 10.13 malam.
Menurut beliau, Nor Atikah Najwa mempunyai ketinggian sekitar 155 sentimeter, berat 45 kilogram, berkulit sawo matang, berhidung mancung serta berambut hitam dan bertudung.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan agar segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor C. S. Baalanaagan di talian 014-8882388, 013-9077904, atau 03-79662222,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA JUGA:  BN yakin raih kemenangan di Ayer Kuning – Wan Rosdy
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...