Lelaki warga emas ditemui maut dengan kesan cedera

Foto MYBERITA 


SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 70-an ditemui maut dengan kesan kecederaan di kepala, telinga, dan belakang badan di kawasan Kampung Baru Puchong, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 3.04 petang daripada seorang wanita tempatan.
“Hasil siasatan awal oleh pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga, dan bahagian belakang badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Menurut Wan Azlan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.
“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ray Erindra Raj A/L Raja Kumaran di talian 019-6616640 atau mana-mana balai polis berdekatan.
“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” jelasnya.

BACA JUGA:  Bukit Jalil kecoh, penyokong gagal kawal emosi selepas MU tewas
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...