Cik Epal hadiahkan diri Mercedes Benz G-Class

KUALA LUMPUR – Pempengaruh terkenal, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz G-Class yang dianggarkan bernilai RM1.79 juta.

Menerusi hantaran di TikTok, Cik Epal menyatakan bahawa kereta tersebut merupakan ganjaran kepada dirinya sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kejayaan yang telah dicapai.

“Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dapat beli kereta raya. Lebih baik beli kereta ‘reward’ diri sendiri daripada bagi kereta kepada orang tetapi dikhianati dan tidak dihargai,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pembelian kereta mewah itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial, yang rata-rata memberikan pelbagai reaksi serta sokongan terhadap kejayaan ibu kepada dua anak itu.

“Suka tengok video ni. Cara dia rakam nampak ‘mendunia’ sangat,” komen seorang pengguna, @far_yaacob.

Seorang lagi pengguna, @nesloais412, turut memberikan sokongan dengan menyatakan bahawa Cik Epal kini lebih mementingkan impian sendiri selepas melalui pengalaman lampau.

“Dulu dia tunaikan semua impian dan minat bekas suami dia. Sekarang dia tunaikan hajat sendiri. Terbaik la Cik Epal membuka mata wanita teraniaya lain untuk lebih berani berdepan dengan cabaran,” katanya.

Keputusan Cik Epal untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri ini mencetuskan inspirasi kepada ramai wanita untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup mereka.

BACA JUGA:  Dulu tangisan kesedihan, kini tangisan syukur – Bella Astillah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...