MARA arah siasatan segera kes buli di MRSM

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan kejadian buli melibatkan pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pulau Pinang yang tular di media sosial.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelajar MRSM yang terbabit dalam perlakuan tidak bermoral itu.

“Saya telah mengarahkan pegawai untuk menyiasat segera dakwaan ini. Jika benar ia melibatkan pelajar MRSM, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Hantaran itu dimuat naik susulan penularan sebuah video berdurasi 1 minit 31 saat yang memaparkan beberapa pelajar dipercayai memijak serta duduk di atas seorang pelajar lain, termasuk mengikat kaki mangsa menggunakan tali pinggang.

Insiden berkenaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen dan mencetuskan perdebatan sama ada ia adalah satu bentuk buli atau sekadar gurauan kasar.

Asyraf Wajdi menegaskan bahawa MARA tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk budaya buli di institusi pendidikan di bawah seliaannya.

“‘You touch, you go!’ Tiada tempat untuk pembuli atau mereka yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM,” tegas beliau.

MARA turut mengingatkan bahawa pelajar yang terbukti terlibat dalam perbuatan buli berisiko dibuang daripada institusi pendidikan tersebut.

BACA JUGA:  Jangan buang mahasiswa UMS, fikir masa depan mereka - PM Anwar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...