Pilihan raya umum Singapura ke-14 berlangsung 3 Mei

SINGAPURA – Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam semalam secara rasmi membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijadual berlangsung pada 3 Mei ini, menurut laporan CNBC.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April, demikian diumumkan oleh Jabatan Pilihan Raya Singapura.

Pilihan raya ini bakal menjadi penampilan sulung Perdana Menteri Lawrence Wong sebagai pemimpin utama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Lee Hsien Loong yang telah memimpin negara sejak tahun 2004.

Menurut Channel News Asia (CNA), seramai 97 Ahli Parlimen akan dipilih dalam pilihan raya kali ini, berbanding 93 pada edisi terdahulu.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah mentadbir Singapura sejak mencapai kemerdekaan pada 1965, masih dijangka menjadi parti dominan. Pada Pilihan Raya Umum 2020, PAP meraih 61.24 peratus undi dan memenangi 83 daripada 93 kerusi.

Pilihan raya ini juga berlangsung dalam suasana ketegangan geopolitik, khususnya susulan tindakan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Donald Trump yang mengenakan tarif tinggi ke atas beberapa rakan dagang, termasuk Singapura.

“Kami sangat kecewa dengan AS, lebih-lebih lagi memandangkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara,” kata Wong.

BACA JUGA:  Amad Diallo didakwa tunjuk isyarat lucah lepas United kalah di Bukit Jalil
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...