Dua aplikasi E-Hailing Rusia diarah henti operasi 24 Julai ini

PASIR GUDANG – Dua aplikasi e-hailing dari Rusia, InDrive dan Maxim, diarahkan menghentikan operasi di Malaysia bermula 24 Julai ini kerana beroperasi tanpa mematuhi peraturan sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menghantar surat pemberhentian operasi kepada kedua-dua syarikat terbabit.

\”Berkuat kuasa 24 Julai ini, InDrive dan Maxim perlu menghentikan operasi mereka. Mereka boleh membuat rayuan, namun keputusan muktamad terletak di tangan saya sebagai Menteri Pengangkutan,\” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Semula Landasan Perkhidmatan Kargo Kempas Baru-Pasir Gudang, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia mendakwa kedua-dua syarikat itu melanggar peraturan e-hailing termasuk membenarkan pemandu beroperasi tanpa Lesen PSV, insurans sah, dan tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti yang ditetapkan.

Menurut APAD, pelanggaran syarat pelesenan itu melanggar Seksyen 12D(1)(a) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), yang membolehkan pembatalan lesen pengendali jika syarat tidak dipatuhi.

Kerajaan turut digesa menyekat akses kepada platform berkenaan bagi menjamin keselamatan penumpang dan keadilan kepada pengendali e-hailing tempatan yang sah.

BACA JUGA:  Islam Hadhari perkukuh wajah Islam moden tolak ekstremisme, inisiatif penting era Tun Abdullah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...