Lepak sambil minum kopi, Cawan Nostalgia jadi ‘port’ borak sampai pagi

JOHOR BAHRU – Bagi pencinta kopi dan suasana santai, sebuah kedai kopi, Cawan Nostalgia kini menjadi tumpuan warga Johor Bahru khususnya golongan remaja yang gemar lepak bersama rakan-rakan.

Terletak di Jalan Setia, Taman Setia Indah, Johor, kedai ini mula beroperasi pada 26 Jun 2025 dengan konsep unik road side cafe shop yang mudah diakses dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati waktu petang dan malam yang penuh kenangan.

Dimiliki oleh dua usahawan muda, Muhammad Afif Najmi Nazarudin dan Muhammad Alief Iskandar Mohd Zamri, Cawan Nostalgia menawarkan pengalaman minum kopi yang santai dan penuh gaya.

Menurut Muhammad Afif, idea membuka kedai kopi ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap minat golongan remaja yang suka berkumpul dan menikmati waktu bersama sambil menikmati kopi.

“Kami ingin menyediakan ruang yang bukan sekadar kedai kopi, tetapi juga tempat mereka boleh rasa ‘homey’ dan bebas berborak santai,” katanya.

“Waktu operasi kedai ini adalah setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 8:30 malam hingga 2:30 pagi. Waktu yang ideal untuk mereka yang gemar melepak selepas waktu kerja atau sekolah.”

“Kami memang ada hasrat untuk membuka kafe yang lebih besar di masa hadapan, tetapi buat masa ini kami mahu fokus untuk memantapkan konsep road side cafe dan turut terlibat dalam penganjuran acara yang dapat mengeratkan lagi komuniti di sini,” kata Alief Iskandar.

Menu istimewa Cawan Nostalgia yang menjadi tarikan utama termasuklah Biscoff Latte, Pistachio Matcha, dan Caramel Macchiato. Pilihan minuman ini bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan kelainan, malah mencerminkan kreativiti pemilik kedai dalam menyajikan sesuatu yang fresh dan trendy.

Cawan Nostalgia bukan sahaja tempat yang sesuai untuk melepas rasa penat bekerja, malah ruang ini juga dijangka menjadi salah satu spot popular di Johor Bahru untuk mereka yang ingin menikmati kopi berkualiti dalam suasana yang mesra dan santai.

BACA JUGA:  Safawi Rasid sah sertai KL City, Vidakovic dilantik ketua jurulatih baharu

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Cawan Nostalgia dan rasai sendiri keunikan konsep serta keenakan menu yang ditawarkan. Lokasi mudah, waktu operasi fleksibel dan suasana mesra pastinya membuatkan anda ingin kembali lagi.

Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...