Warga emas tampar pemuda bukan Islam didakwa hari ini

Suspek berusia 65 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. 


JOHOR BAHRU – Seorang warga emas yang bertindak menampar seorang pemuda bukan Islam akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek berusia 65 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
 
“Suspek berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.”
 
“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan telah mendapat arahan untuk pertuduhan pada 19 Mac 2025.”
 
“Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan warga tempatan berusia 65 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
 
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, rakaman percakapan suspek telah dibuat kelmarin.
 
Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang pemuda tempatan berusia 21 tahun telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
 
“Manakala suspek serta beberapa saksi termasuk anaknya sudah dirakam percakapan.
 
“Doktor yang merawat mangsa juga akan dirakam percakapan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini,\” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri semalam.
 
Kejadian tersebut tular selepas video pertengkaran antara dua lelaki dimuat naik di laman X oleh pemilik akaun @bingbinge656.
 
Mangsa mendakwa dirinya telah ditampar dua kali pada pipi kanan oleh seorang lelaki tidak dikenali selepas suspek bertanya mengenai agamanya dan meminta MyKad miliknya.
 
Difahamkan, suspek bertindak demikian kerana berang apabila melihat mangsa cuba memasuki sebuah kedai serbaneka untuk membeli makanan selain menuduh mangsa tidak berpuasa.
BACA JUGA:  Sharnaaz Ahmad tidak sambut raya, rasa sunyi tanpa arwah bapa
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...