“Bila meniaga ni ada naik turun, jadi kita kena kuat mental” – Ceknen

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Ceknen atau nama sebenarnya Danial Hafiz berkongsi kisah suka duka dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh cabaran.

Tambahnya, pasang surut dalam perniagaan adalah perkara biasa dan setiap usahawan perlu memiliki kekuatan mental untuk menghadapi cabaran tersebut.

“Bila berbisnes ni, ada naik turun. Biasalah tu. Kadang-kadang ada yang drop, ada yang naik. Jadi, kita kena kuat mental,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Selain itu, Ceknen turut menekankan kepentingan fokus dalam kerja dan pelajaran.

Beliau berpendapat bahawa memiliki pasangan boleh menjadi cabaran tambahan bagi seseorang yang sedang mengejar impian dalam perniagaan dan pendidikan.

“Kalau ada pasangan, nak buat kerja susah, nak belajar pun susah. Kawan-kawan saya pun ramai yang mengalami situasi di mana mereka tidak boleh buat tugasan berkumpulan dengan rakan perempuan kerana teman wanita mereka tidak membenarkan. Jadi, kita kena jelas dengan matlamat sendiri,” tambahnya.

“Puasa tahun ini bolehlah, sebab saya cuti. Banyak kerja nak kena buat. Hari-hari pun rasa berjalan dengan cepat. Sekarang dah tinggal seminggu sebelum Raya, tapi baju Raya pun belum beli lagi. Harap-harap ada yang nak sponsor,” selorohnya.

Ceknen tetap optimis dan terus berusaha dalam perniagaannya sambil mengekalkan fokus terhadap pelajaran. Baginya, kunci kejayaan adalah kekuatan mental dan kesungguhan dalam mencapai impian.

“Benda ni tak negatif pun. Kita anggap je positif. Kalau ada yang nak datang, nak berbaik-baik, kita terima je. Tak perlu fikir sangat,” katanya.

BACA JUGA:  Anwar lulus peruntukan RM6.6 juta untuk Kelantan
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...