Sabtu | 17/10/2026 | 2:39:57 pm
HomeHiburan“Saya tak terjejas pun, malah makin ramai datang” – Rosyam Nor

“Saya tak terjejas pun, malah makin ramai datang” – Rosyam Nor

SHAH ALAM – Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, tampil mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu memboikot perniagaannya, ST Rosyam Mart, susulan aksi lakonannya dalam sebuah drama yang dianggap keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh penonton.

Menurut Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 58, meskipun isu boikot tular di media sosial, perkara itu tidak menjejaskan perniagaannya. Sebaliknya, ia memberi kesan positif dengan meningkatkan lagi populariti jenama tersebut.

“Saya bersyukur kerana dalam keadaan orang bercakap mahu boikot, mereka sebenarnya membantu mempromosikan perniagaan saya. Ada yang sebelum ini tidak mengenali ST Rosyam Mart, tetapi kini mereka tahu kewujudannya,” katanya ketika ditemui MYBERITA di Majlis Berbuka Puasa bersama barisan pelakon dan produksi drama Keluarga Itu.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 17 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|