Presiden China puji tahap keselamatan luar biasa di Malaysia

KUALA LUMPUR — Presiden China, Xi Jinping menyatakan penghargaan terhadap tahap keselamatan luar biasa yang diberikan kepadanya sepanjang lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penghargaan itu disampaikan oleh Xi Jinping kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda pengiktirafan terhadap kawalan keselamatan yang rapi sepanjang lawatan berkenaan.

“Penghargaan daripada Presiden China kepada Perdana Menteri atas kawalan keselamatan yang luar biasa semasa lawatan beliau ke Malaysia tempoh hari,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) serta semua agensi keselamatan yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang lawatan pemimpin tertinggi China itu.

“KDNKA memang tak asing lagi dengan kehebatan menjaga keselamatan negara,” tambahnya.

Lawatan rasmi Xi Jinping ke Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

BACA JUGA:  Xi Jinping disambut meriah di Istana Negara
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...