Lelaki OKU penglihatan tamatkan larian 21km, semangatnya sentuh hati rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Semangat kental seorang lelaki cacat penglihatan yang berjaya menamatkan larian sejauh 21 kilometer (km) menyentuh hati ramai netizen selepas rakaman detik bersejarah itu tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok milik Adry Fazmi, kelihatan lelaki berkenaan berlari dengan bantuan dan sokongan ahli keluarga serta rakan-rakan yang setia menemaninya sepanjang acara berlangsung.

“Sebagai seorang yang cacat penglihatan, berlari sejauh 21 km terasa seperti mimpi yang tidak dapat dicapai.

“Tetapi dengan sokongan keluarga, pasangan dan kalangan kawan yang betul, saya mendapat kekuatan untuk terus bergerak kerana tiada yang mustahil,” luahnya penuh makna dalam klip berkenaan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang kagum dengan semangat luar biasa lelaki tersebut dan kasih sayang insan-insan tersayang yang sentiasa ada di sisi.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk daripada pengguna bernama Zura Zainal.

“Awak istimewa dik, berjaya menamatkan larian serta dikelilingi kawan-kawan positif yang bagi semangat. Tahniah!”

“Kamu sudah menang dalam hidup, bang. Sebab dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang baik macam itu. Semoga sentiasa dirahmati,” kata Elle Kayu pula.

Seorang lagi netizen, Annurmrshamizie turut meluahkan rasa terharu.

“Terharu betul dengan semangat dia. Tahniah untuk keluarga dan kawan-kawan awak dik yang terus kekal sehingga garisan penamat. Bangga dengan anda semua.”

Momen berinspirasi itu menjadi bukti bahawa kekurangan fizikal bukan halangan untuk mencipta kejayaan, asalkan ada keazaman dan sokongan padu daripada insan tersayang.

BACA JUGA:  Tarikh tutup fasa kedua \'UPU Online\' dilanjutkan hingga 19 Mei – Zambry
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...