Isa Khan bidas suami dayus beli baju raya ketat dedah aurat isteri

KUALA LUMPUR – Pelakon, Isa Khan, menegur pemakaian segelintir wanita yang dilihat tidak menepati syariat Islam, khususnya pada musim perayaan Aidilfitri.

Dalam perkongsian tersebut, Isa meluahkan pandangan terhadap sikap segelintir suami yang didakwa membiarkan pasangan mereka mengenakan pakaian terlalu ketat atau mendedahkan aurat.

Menurutnya, tindakan membeli pakaian yang tidak menutup aurat untuk isteri dan kemudian berkongsi gambar di media sosial adalah perbuatan yang tidak wajar serta bertentangan dengan tanggungjawab seorang suami.

“Kepada lelaki yang beli baju raya untuk isteri, baju pula jenis ketat dan mendedahkan aurat. Lepas itu suruh dia pakai, bergambar sekali dan muat naik di media sosial.

“Kau dayus bro, suami dayus confirm 100 peratus tak cium bau syurga,” katanya.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Sebahagian netizen berpendapat kenyataan itu terlalu keras dan menganggap pelakon berkenaan tidak sepatutnya mencampuri urusan peribadi orang lain.

Namun, tidak kurang juga yang bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu bentuk nasihat, khususnya dalam mengingatkan masyarakat mengenai kepentingan menjaga aurat dan tanggungjawab suami isteri.

Perkongsian itu terus menjadi perbincangan dalam kalangan warganet, terutama menjelang sambutan Aidilfitri yang sering dikaitkan dengan pemilihan pakaian baharu. -MYBERITA

BACA JUGA:  Edar dadah, dua lelaki Pakistan dihukum gantung
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...