Kiko hanya diam menunggu esok, namun matanya bercerita tentang pengorbanan

KUALA LUMPUR – Seekor lembu sado seberat 1.1 tan yang diberi nama Kiko mencuri tumpuan ramai apabila haiwan berusia tiga tahun itu bakal dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, esok.

Difahamkan, Kiko telah selamat tiba di perkarangan Masjid Meranti, Puchong untuk menyertai ibadah korban yang dianjurkan oleh platform wakaf dan sedekah, Ikhlas.com.

Menerusi satu hantaran video di akaun TikTok @Ikhlasdotcom, Kiko kelihatan tenang ketika diturunkan dari kenderaan, namun raut wajahnya mencetuskan rasa hiba dalam kalangan netizen.

“Dia tidak berkata apa-apa, namun renungan matanya seolah memahami, seakan tahu perjalanan ini adalah satu pengorbanan suci demi meraih reda Ilahi,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Reaksi warga maya turut membanjiri ruangan komen, kebanyakannya meluahkan rasa sedih dan tersentuh melihat keadaan haiwan berkenaan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya,” tulis seorang pengguna.

“Kiko pun nampak sedih,” komen seorang lagi netizen.

“Selamat jalan Kiko saya,” ujar pengguna dikenali sebagai Fauzi.

Kiko bukan sahaja menarik perhatian kerana saiz badannya yang luar biasa, malah simbolik pengorbanan yang dibawanya menjelang hari mulia itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan masyarakat.

Hari Raya Aidiladha yang diraikan umat Islam esok bukan sekadar perayaan, tetapi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya, Nabi Ismail A.S. dalam menzahirkan ketaatan kepada perintah Allah SWT.

BACA JUGA:  16 jam bertarung nyawa, kanak-kanak lemas mandi kolam inap meninggal dunia
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...