[VIDEO] Kenyataan spontan Miki Ghazali bongkar mentaliti sokongan sukan negara

KUALA LUMPUR – Kenyataan spontan atlet muda Muay Thai, Miki Ghazali, selepas kekalahannya di kejohanan IFMA Youth World Championship 2025 baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat mengenai mentaliti penyokong sukan di Malaysia.

Adiknya kepada juara Muay Thai profesional, Johan “Jojo” Ghazali, itu pada awalnya menyebut kata-kata “diorang semua sampah” apabila ditanya tentang perasaannya selepas tewas. Kenyataan tersebut pantas mengundang kejutan serta pelbagai reaksi daripada warganet.

Namun, dalam hantaran susulan, Miki tampil memperjelaskan maksud sebenar kata-kata itu. Beliau menegaskan rakyat Malaysia secara keseluruhannya adalah baik, tetapi luahannya ditujukan kepada segelintir individu yang tidak berhenti mengkritik atau menjatuhkan semangat atlet, khususnya ketika mengalami kekalahan.

“Saya tak ada masalah dengan rakyat Malaysia, malah ramai yang baik dan menyokong. Tapi ada segelintir yang suka kutuk kalau kalah, itu yang saya maksudkan ‘sampah’,” jelas Miki.

Perkembangan ini membuka ruang kepada perbincangan lebih luas tentang tekanan luar gelanggang yang terpaksa dihadapi atlet muda. Ramai berpendapat budaya “sokong bila menang, kecam bila kalah” masih menebal dalam kalangan penyokong tempatan, sekali gus meletakkan beban emosi yang besar terhadap generasi atlet baharu.

@johanghazali7

Miki true colours dah keluar

♬ original sound – JohanGhazali1

Sekadar info, Miki Ghazali kini sedang meningkat naik sebagai bintang Muay Thai dan tinju muda negara, manakala abangnya, Johan “Jojo” Ghazali, sudahpun mengukir nama di pentas antarabangsa sebagai juara profesional.

BACA JUGA:  Lepas tonton Manchester United, jangan lupa sokong Harimau Malaya – Paulo Josue
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...