“Panjang umur kau dik”, kanak-kanak basikal lajak nyaris kena rempuh

PUCHONG – Seorang kanak-kanak yang menunggang basikal lajak nyaris dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Putra Heights, kelmarin, sekali gus mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya dan warganet.

Insiden tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Video berkenaan yang tular menunjukkan dua kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya, termasuk memecut laju dan melakukan aksi melulu di tengah jalan.

Detik cemas itu berlaku ketika lampu isyarat di simpang sebelah kanan bertukar hijau, menyebabkan sebuah kenderaan hampir merempuh salah seorang daripada mereka yang secara tiba-tiba melintas laluan.

Tindakan berbahaya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial, yang menggesa ibu bapa lebih peka terhadap pergerakan dan keselamatan anak masing-masing.

“Nanti bila jadi apa-apa, mula ibu bapa salahkan orang yang langgar,” kata seorang pengguna.

“Ibu bapa tolong pantau anak, ini kalau jadi apa-apa panjang cerita,” ujar seorang lagi pengguna.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa, namun warganet berharap tindakan tegas diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

BACA JUGA:  Ustaz dipenjara, sebat dua kali mengaku salah cabul, liwat kanak-kanak lelaki
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...