Isnin | 28/09/2026 | 9:55:44 pm
HomeBelasungkawaTiga perkongsian dalam sehari, Dr. Wan Azizah terus kenang Tun Siti Hasmah

Tiga perkongsian dalam sehari, Dr. Wan Azizah terus kenang Tun Siti Hasmah

KUALA LUMPUR – Selepas selesai istiadat pengebumian Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kembali menitipkan kenangan bersama tokoh berkenaan menerusi Instagram, hari ini.

Perkongsian itu menjadi antara beberapa hantaran Wan Azizah mengenai Allahyarham sepanjang hari ini, dengan hantaran terbaharunya memaparkan gambar kenangan mereka bersama.

“Antara kenangan manis yang sempat dirakam bersama Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam perkongsian sama, Wan Azizah turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Aminn YRA,” katanya.

Terdahulu, Wan Azizah turut berkongsi penghormatan dan kenangannya terhadap Siti Hasmah selepas menerima berita pemergian Allahyarhamah pagi tadi.

Siti Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.20 pagi sebelum jenazahnya dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya, hari ini. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 28 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|