Jepun larang penumpang guna ‘power bank’ dalam pesawat mulai April

TOKYO – Kerajaan Jepun akan melarang penggunaan power bank (bank kuasa) dalam pesawat bermula April ini susulan peningkatan insiden kebakaran melibatkan bateri lithium-ion di dalam kabin penerbangan.

Larangan itu dimaklumkan oleh Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism kepada semua syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang beroperasi di Jepun sebagai langkah memperketat aspek keselamatan penerbangan.

Di bawah peraturan baharu berkenaan, penumpang tidak lagi dibenarkan menggunakan power bank untuk mengecas telefon pintar atau peranti elektronik lain sepanjang penerbangan. Malah, mengecas semula power bank menggunakan soket kuasa dalam pesawat juga tidak dibenarkan.

Dalam masa sama, jumlah power bank yang boleh dibawa ke dalam kabin dihadkan kepada maksimum dua unit bagi setiap penumpang sebagai langkah mengurangkan risiko haba berlebihan atau kebakaran.

Langkah tersebut diperkenalkan selepas beberapa insiden melibatkan power bank yang mengeluarkan asap atau terbakar dalam kabin pesawat, termasuk kejadian pada 2025 yang dilaporkan berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang simpanan bagasi atas.

Sebelum ini, bateri lithium-ion sememangnya dilarang dimasukkan ke dalam bagasi daftar masuk berikutan risiko keselamatan yang tinggi.

Peraturan baharu itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha global industri penerbangan untuk memperketat kawalan keselamatan terhadap peranti berasaskan bateri lithium-ion yang berpotensi mencetuskan kebakaran ketika penerbangan.

Sumber: Japan Today

BACA JUGA:  Karpet Merah AJL39
Abdullah Siddiq
Abdullah Siddiq
abdullah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...